Quantcast
Channel: Ernie Widhyharti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 73

Kick-Start 2017

$
0
0
Hi semua!
Welcome to Jepuk Bawe. Blog ni dulu dikenali sebagai cikewi.blogspot.com. Then saya rebranding blog ni dengan domain www.jepukbawe.com. Tercapai jugak hasrat untuk memiliki domain sendiri. Buat masa ni saya cuma beli domain sahaja. Nanti kalau dah aktif berblog barulah fikir untuk beli hosting 😁

Me and blogging
Saya mula berblog pada tahun 2010, tapi hanya aktif sekitar tahun 2011 sehingga 2013. Masa tu saya banyak menulis tentang perjalanan hidup saya. Tahun 2014 adalah titik permulaan di mana rentak saya dalam penulisan blog semakin perlahan. Tak sampai 5 entri pun setahun. Aduhai..
Kemudian pada awal tahun ni, saya mula mendapat motivasi untuk kembali berblog selepas membaca sebuah buku nukilan Jack Canfield, 'How to Get from Where You Are to Where You Want to: The 25 Principles of Success'. Buku ni tiada kaitan pun dengan blogging, tapi ada sesuatu yang telah membuka hati saya untuk kembali bergiat aktif dalam menulis blog. So pada kali ini, saya buat satu list of topics to be featured in JepukBawe.com sebagai guideline dan juga kick-start bagi saya untuk mula menulis blog.


5 topik utama dalam Jepuk Bawe:
1. Blog
Sepanjang menulis blog, saya baru perasan yang saya belum pernah share tentang topik ni. Sebenarnya saya seorang yang suka jugak bereksperimen dengan blog. So kali ni saya nak cuba menulis tips dan tutorial blog. Sounds like cliche sebab dah banyak sangat blog yang tulis tentang topik ni but it's okay. Saya bukanlah orang yang expert tentang blog, tapi tak salah untuk berkongsi apa yang kita dah tahu. The more we share, the more we have. Namun jika ada apa-apa kesilapan atau kekurangan dalam penulisan saya tentang topik ni, mohon korang komen ya 😊
2. Business
Zasss! Sekali lagi saya bukanlah orang yang expert untuk menulis hal-hal berkaitan bisnes. Tapi saya nak share jugak 😉 Bagi saya, tiada yang betul dan tiada yang salah dalam cara kita menjalankan bisnes. Nak guna cara A atau B atau C. Tiada masalah. Sebab pengalaman tu nanti yang akan mengajar kita dan guide kita towards cara yang sesuai dengan diri kita. Saya sendiri ada pengalaman suka duka dalam berbisnes dan sekarang saya masih menjalankan bisnes kecil-kecilan. Belum kaya dan berjaya lagi sebab saya juga masih merangkak dan banyak benda perlu dipelajari. Saya cuma berminat untuk berkongsi apa yang saya pernah lalui.
3. Study
Perjalanan hidup saya sebagai seorang pelajar juga akan saya kongsikan dalam blog baru ni. Cabaran yang pernah dilalui, tips study, dan yang sewaktu dengannya. Semua ni saya akan tulis berdasarkan pengalaman peribadi saya. Mungkin juga saya akan share serba sedikit tentang subjek yang telah saya pelajari. Now saya tengah sambung master kat UTM JB dalam bidang Safety, Health, and Environment. Tinggal satu semester saja lagi, harap dapat grad on time. Ada plan nak sambung PhD, cuba nak further kat oversea pulak lepas ni. Doakan ya. 
4. Food
Ini pun salah satu topik yang belum pernah saya tulis. Bagi saya, bukan mudah nak tulis review tentang makanan ni. Lebih-lebih lagi orang yang ada tekak macam saya. Jenis yang tak banyak komen kalau bab makan. Selagi tekak saya boleh telan dan terima rasa makanan tu, saya makan je 😅 Nampaknya cabaran untuk diri sendiri la kali ni.
5. Going Places
Mula-mula nak letak 'Travel', tapi rasa tak sesuai pulak. Saya just nak share tempat-tempat atau event yang saya pernah pergi. So saya rasa 'Going Places' lebih sesuai. Saya akan tulis topik ni berdasarkan pengalaman saya sendiri, bukan dari Google. 
Okay, that's it!
Itulah 5 topik yang bakal dikongsikan dalam JepukBawe.com. Saya berharap penulisan saya di sini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pembaca. Mohon maaf jika ada kekurangan. Thanks for your visit to this blog! 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 73