Quantcast
Channel: Ernie Widhyharti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 73

Kenapa Perlu Ada Domain Sendiri?

$
0
0
Blogspot dan Wordpress selalunya menjadi pilihan utama bagi mereka yang baru nak mula berblog. Begitu juga saya. Kenapa? Sudah tentu sebab ianya percuma! Dan pastinya lebih mudah - tak perlu ada technical skills untuk setup blog. Bandwith dan storage pulak unlimited. Zero investment and high in returns, siapa tak suka? 😊

7 tahun lalu, saya memilih Blogspot sebagai blogging platform saya. Sampai sekarang saya masih setia menggunakan Blogspot. Walaupun domain dah bertukar, namun hakikatnya saya masih kekal dengan Blogspot.  




9 sebab kenapa korang perlu ada domain sendiri:

1. Lebih professional
Percaya atau tidak, blog korang akan nampak lebih professional jika korang pakai domain sendiri. Boleh lihat beberapa contoh blog yang professional seperti Hong Kiat dan Amanz.

2. Kredibiliti di media sosial
Blogspot adalah blogging platform yang percuma, dan ini memberi kelebihan kepada spammers di media sosial. Oleh sebab itu, blog-blog sebegini kurang mendapat kepercayaan daripada netizen. So, bila korang ada domain sendiri for your Blogspot blog, secara tak langsung blog korang akan nampak lebih trusted dan ini boleh meningkatkan imej dan kredibiliti kepada blog korang. 

3. Keyakinan untuk berblog
Korang akan jadi lebih yakin untuk berblog bila dah ada domain sendiri ni. Sama juga bila korang ada company sendiri. Mesti rasa semangat dan berkeyakinan je. Tak percaya? Cubalah.

4. Peluang untuk promosikan blog
Promosi blog dilakukan untuk pelbagai tujuan - antaranya untuk meluaskan networking dan membina hubungan di media sosial. Apabila menyentuh tentang kredibiliti sesebuah blog, kebanyakan top website tidak begitu gemar untuk mempromosikan blog yang masih mempunyai domain Blogspot. Dengan adanya domain sendiri, mungkin mereka akan lebih berminat untuk mempromosikan blog korang. 

5. Branding
Branding atau penjenamaan sangat penting untuk korang yang bercita-cita nak jadi professional blogger. Penggunaan domain sendiri boleh membantu korang untuk establish your blog as a professional brand.

6. Kelebihan dalam SEO
Blog yang mempunyai domain sendiri akan mendapat lebih exposure dalam SEO (Search Engine Optimization). Ini bermakna bila orang search keywords yang berkaitan dengan nama atau content blog, search engines terutamanya Google lebih memilih blog dengan domain sendiri untuk berada dalam ranking teratas.

7. Melambangkan identiti 
Bila korang ada domain sendiri, nama domain tu akan menjadi lambang identiti korang yang unik dan sentiasa diingati selama korang menggunakan nama tersebut. So, embrace your unique identity guys! 😉

8. Mudah dikenali 
Orang lebih senang nak kenal blog korang sebab nama blog yang lebih ringkas dan lebih mudah untuk diingati. Contohnya, www.jepukbawe.com. Kalau belum ada domain sendiri, for sure nama blog tu akan jadi lebih panjang dan lebih susah nak ingat. Bila jadi macam tu, susah sikit la orang nak kenal blog kita. 

9. Menunjukkan korang memang serius berblog!
Yes, yang ni paling penting. Orang yang pakai domain sendiri ni biasanya memang yang dah serius untuk berada dalam dunia blog. Sebabnya nak dapatkan domain ni pun kira salah satu komitmen utama dalam berblog. So, kalau korang belum ready nak spend sedikit wang untuk dapatkan domain, means that korang mungkin belum ready untuk get serious in blogging. 

Kesimpulan
Banyak kelebihan yang korang akan dapat bila memiliki domain sendiri. Yang saya senaraikan dalam ni mungkin hanya sebilangan sahaja. Penggunaan domain memainkan peranan yang sangat penting pada blog. Kalau korang masih belum memiliki domain sendiri, dapatkan sekarang okay? 


Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 73