Pada minggu lepas, saya bersama sahabat saya sedang mencari tempat makan di sekitar kawasan Shah Alam. Lepas google tempat makan best di Shah Alam, kami sepakat nak pergi ke Restoran Bisik-Bisik, Seksyen 7.
Banyak review menarik tentang Restoran Bisik-Bisik ni. Ianya adalah sebuah restoran yang menyajikan pelbagai masakan negeri Johor seperti mee bandung udang galah, mee rebus, dan kacang pol.
Lain yang dicari, lain pula yang dituju
Bila tiba di hadapan Restoran Bisik-Bisik, nampak macam takde orang pulak. Kami ingat restoran tu belum dibuka. Mengenangkan perut yang dah lapar sangat, kami pun terus menuju ke sebuah restoran yang terletak di corner lot kedai.
Nama restoran tersebut ialah Restoran Aidania, terletak betul-betul di hadapan Restoran Bisik-Bisik. Menu utama yang dihidang di sini adalah Asam Pedas. Siapa yang suka makan masakan asam pedas tu, korang wajib berkunjung ke restoran ni ya. Saya pula tak makan sangat asam pedas. 😅
Menu kami
Pelbagai jenis hidangan yang disediakan di sini seperti menu asam pedas, menu masak lemak, kambing panggang juga ada. Susah juga nak buat pilihan. Nampak semua macam sedap je.
![]() |
Saya pilih menu Nasi Palembang Combo Daging dan Ayam. Daging yang lembut, memang sedap! |
![]() |
Ini menu sahabat saya, keli masak lemak. Terbaik juga! |
![]() |
Menu keli masak lemak ni dalam satu set termasuk nasi putih, telur dadar, dan minuman teh o ais. |
Rating: 4.5/5
Keseluruhannya, restoran ni memang terbaik dari segi servis yang cepat dan makanan yang sedap. Persekitaran kedai pun bersih. Sangat puas hati! 😊
Jika korang teringin nak makan masakan asam pedas atau makan menu seperti dalam entri ni, boleh la berkunjung ke Restoran Aidania seperti info di bawah:
Lokasi: No. 44, Jalan Zirkon F7/F, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Website: www.aidania.com
Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!