Quantcast
Channel: Ernie Widhyharti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 73

Jenis Kerjaya Yang Sesuai Berdasarkan Personaliti DISC

$
0
0
Dalam entri sebelum ini, saya ada sebut tentang ujian personaliti DISC yang saya hadapi ketika temuduga di NIOSH. Ada yang bertanya, apakah kepentingan ujian tersebut dalam sesebuah temuduga kerjaya? Jadi, di sini saya akan berkongsi lebih lanjut tentang personaliti DISC dan kepentingannya dalam kerjaya.


Seperti yang kita tahu, kerjaya adalah satu aspek yang merangkumi sebahagian besar daripada aktiviti hidup kita. Dalam seminggu, kita menghabiskan sekurang-kurangnya 5 hari untuk kerjaya kita. Malah, ada juga kerjaya yang menuntut komitmen sehingga 6 ke 7 hari. Semua itu bergantung kepada jenis kerjaya dan skop kerja. 

Oleh itu, amat penting untuk kita kenali jenis kerjaya yang sesuai dengan jiwa dan minat kita. Kita perlu tahu apakah kekuatan dan kelemahan diri kita. Ini kerana hal berkaitan kerjaya adakalanya tidak cukup dengan minat sahaja, ia memerlukan lebih daripada itu. Maka, sebab itulah ada company yang menggunakan ujian personaliti seperti DISC ini ketika sesi temuduga sebagai salah satu cara untuk mereka mengetahui personaliti sebenar seseorang calon.

Dengan keputusan ujian personaliti DISC, majikan akan dapat mengenalpasti di mana kekuatan dan kelemahan calon. Walaupun terdapat kemungkinan ada calon yang memberi jawapan bias, itu bukan satu masalah kepada majikan kerana sudah pasti majikan dapat menilai sendiri kebolehan dan potensi calon tersebut sewaktu sesi temuduga. Namun, keputusan ujian personaliti ini tetap diambil kira sebagai gambaran awal personaliti calon.

Anda boleh google 'DISC personality test' untuk mengambil ujian personaliti DISC. Terdapat pelbagai laman yang menyediakan ujian ini secara percuma seperti Online Personality Tests, 123test, dan Discovery Report. Sebenarnya ada banyak lagi ujian personaliti yang lain seperti Myers-Briggs, tapi untuk entri ini kita fokus pada DISC sahaja.

Dah dapat keputusan ujian personaliti anda? Jom lihat jenis kerjaya yang sesuai berdasarkan personaliti DISC anda:

1. D - Dominant
  • Entrpreneurs
  • Management
  • Lawyer
  • Enforcement
  • Supervisor


2. I - Influential
  • Advertising/Marketing
  • Public Relations (PR)
  • Training
  • Sales
  • Teacher


3. S - Steady
  • Finance/Economics
  • Healthcare
  • Human Resources
  • Manufacturing
  • Customer Service


4. C - Conscientious
  • Accounting
  • Auditing
  • Engineering
  • Architecture
  • Computer Programming
  • Research & Development

Sumber informasi: PeopleKeys.com

Jenis kerjaya yang disenaraikan di atas hanya untuk memberi idea kepada anda tentang yang manakah sesuai dengan personaliti DISC anda. Anda boleh melakukan lebih banyak research untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Paling penting, jangan takut untuk menjawab dengan JUJUR dalam ujian personaliti. Ia bukan untuk menunjukkan siapa yang lemah atau siapa yang kuat. Sebaliknya, setiap personaliti ada kepentingan masing-masing dalam sesebuah organisasi. Keputusan dari ujian ini akhirnya akan memberi manfaat juga buat anda supaya anda tahu jenis kerjaya apakah yang sesuai dengan personaliti anda. 😊

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 73